Kematian Shinzo Abe | Ketua Polis Negara Jepun umum letak jawatan

2022-09-22 0

Ketua Polis Negara Jepun, Itaru Nakamura mengambil keputusan meletak jawatan selepas menyifatkan kepimpinannya gagal melindungi bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe yang maut selepas ditembak pada 8 Julai lalu.

Pengumuman dibuat selepas laporan agensinya mendapati pihaknya gagal memberi perlindungan sewajarnya kepada mendiang Abe ketika berucap di barat Jepun.